Langkau ke kandungan utama

9 MEDIA SOSIAL PALING BERPENGARUH UNTUK MARKETING

 9 MEDIA SOSIAL PALING BERPENGARUH UNTUK MARKETING



Facebook

Facebook masih menjadi media sosial pilihan utama masyarakat di Malaysia dengan jumlah bilangan pengguna aktif bulanan lebih daripada 2.8 bilion pada tahun 2023. Platform ini menyediakan pelbagai alat pemasaran seperti Facebook Ads dan Facebook Marketplace, LIVE, Reel dan Story yang menarik dan memudahkan peniaga untuk mendapatkan pelanggan yang tepat dan memperkenalkan produk mereka kepada pelanggan dengan lebih cepat dan meluas.


Instagram

Instagram yang juga dimiliki oleh individu yang sama dengan Facebook, adalah platform yang menjadi pilihan popular dikalangan generasi muda belia mempunyai lebih daripada 1.3 bilion pengguna aktif pada tahun 2023. Platform ini mempunyai ciri-ciri menarik seperti Instagram Stories, Reel, IGTV, dan Instagram Shopping, yang membolehkan peniaga memperkenalkankan dan memasarkan produk mereka secara maya dengan mudah dan cepat.


Twitter

Twitter adalah platform yang ideal untuk pemasaran berasaskan kandungan yang ringkas dan pantas. Platform ini mempunyai lebih daripada 330 juta pengguna aktif bulanan pada tahun 2023. Fungsi yang ada seperti Twitter Ads dan fungsi trending topics sangat membantu peniaga untuk menonjolkan produk dan perniagaan mereka dengan cepat.


LinkedIn

LinkedIn adalah satu platform yang menjadi pilihan golongan profesional yang mempunyai lebih daripada 900 juta pengguna pada tahun 2023. Ia sangat berkesan untuk pemasaran Business  to Business dengan fungsi yang ada = seperti LinkedIn Ads dan LinkedIn Pulse yang membolehkan peniaga/ usahawan menjangkau golongan profesional,syarikat dan pekerja.



TikTok

TikTok adalah platform video pendek yang sangat popular di kalangan generasi muda dan golongan pertengahan usia dengan lebih daripada 1 bilion pengguna aktif bulanan pada tahun 2023. Kemudahan seperti TikTok For Business, LIVE dan influencer marketing menjadikan ia medium yang sangat berkesan dan mempunyai pengaruh yang sangat kuat untuk branding dan pemasaran produk.


Snapchat

Snapchat adalah platform yang dikenali dengan ciri-ciri seperti Snap Ads dan Snapchat Discover yang membolehkan peniaga berinteraksi dengan audiens mereka melalui kandungan yang interaktif dan menarik. Snapchat mempunyai lebih daripada 500 juta pengguna aktif bulanan pada tahun 2023. 


Pinterest

Pinterest adalah platform yang terkenal dengan fungsi visual search. Ia mempunyai lebih daripada 450 juta pengguna aktif bulanan pada tahun 2023. Fungsi Pinterest Ads juga dapat membantu peniaga/ usahawan untuk menjangkau prospek melalui imej dan idea inspirasi yang menarik.


YouTube

YouTube merupakan platform video terbesar di dunia yang mempunyai lebih daripada 2.3 bilion pengguna aktif bulanan pada tahun 2023. Fungsi YouTube Ads dan monetization telah dapat menarik lebih ramai pengguna untuk menyampaikan mesej mereka melalui kandungan video yang kreatif, menarik dan pelbagai niche.


WhatsApp

WhatsApp mempunyai lebih daripada 2 bilion pengguna aktif bulanan pada tahun 2023. Walaupun tidak termasuk dalam kategori media sosial, WhatsApp adalah salah satu medium yang sangat mudah digunakan untuk mempromosikan perniagaan secara terus kepada pelanggan.

Ulasan

Popular Posts

CARA DAFTAR AHLI FOREVER LIVING PRODUCTS

BISNES ONLINE DARI RUMAH

KANSER USUS/ KANSER KOLOREKTAL

TIPS MENGENALI MADU ASLI

10 Fakta Tentang Aloe Vera dari Forever Living

CARA MERAWAT SAKIT BUAH PINGGANG

FOREVER LIVING BUSINESS

10 KEISTIMEWAAN OMEGA 3 + OMEGA 9 + Vitamin E

10 MANFAAT LIDAH BUAYA UNTUK KESIHATAN