KANSER KOLOREKTAL
Kanser merupakan salah satu penyakit kronik yang ditakuti dan boleh memberi impak negatif yang tinggi kepada pesakit, keluarga dan negara. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan jumlah kes kanser pada tahun 2012-2016 meningkat sebanyak 11% berbanding tahun 2007-2011. Secara keseluruhan, tiga jenis kanser yang paling kerap berlaku di Malaysia adalah Kanser Payudara (19%) diikuti dengan Kanser Kolorektal atau usus besar (13.5%) dan Kanser Paru-paru (9.8%). Dalam kalangan lelaki, kanser kolorektal merupakan kanser yang paling kerap berlaku.
Usus besar terdiri dari kolon dan rektum yang memainkan peranan penting dalam proses pembuangan najis. 5 hingga 6 kaki pertama usus besar adalah kolon dan rectum adalah 6 inci panjang yang berakhir di dubur. Kanser kolon dan rectum biasanya bermula dengan polip (unjuran berbentuk jejari) dan berubah kepada kanser. Pengesanan awal amat penting bagi membolehkan pembuangan polip dengan segera.
SIMPTOM KANSER
Sila berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pengesahan sekiranya berlaku simptom -simptom seperti berikut :
a. Abdomen tidak selesa, termasuk kerap kembung, sebu dan kejang.
b.Turun berat badan tanpa sebab
c. Kerap penat atau letih lesu
d. Perubahan habitat pembuangan najis.
e. Cirit birit, sembelit atau perasaan usus tidak dapat dikosongkan sepenuhnya.
f. Najis berwarna merah atau terlalu gelap dalam najis.
g. Najis kelihatan bersaiz kecil atau leper dari biasa.
CARA MENGESAN KANSER
1. Sigmoidoskopi/ kolonoskopi
Tiub dimasukkan untuk melihat polip/ketumbuhan di dalam kolon dan rektum. Jika ada polip akan dibuang.
2. Biopsi
Pengambilan sedikit tisu di usus untuk pemeriksaan di bawah mikroskop, diambil semasa kolonoskopi atau semasa pembedahan.
3. Ujian darah
Kesan kurang darah akibat kerap berlaku perdarahan ke dalam usus yang boleh menyebabkan penyakit kurang darah.
4. Ujian imejan
CT scan – kesan perebakan kanser ke paru paru, hati dan organ lain.
Ultrasound – prosedur menggunakan gelombang bunyi untuk hasilkan imej jika kanser telah merebak ke hati, atau organ lain.
X-ray – untuk kesan perebakan ke paru paru.
TAHAP KANSER
Kanser usus terbahagi kepada 4 tahap iaitu :
Tahap I : Kanser terletak di lapisan dalam usus atau dubur
Tahap II: Kanser merebak melalui dinding usus atau dubur
Tahap III: Kanser merebak ke nodus limfa berhampiran
Tahap IV: Kanser merebak ke bahagian badan yang jauh seperti hati dan paru paru.
CARA MERAWAT KANSER USUS/ KANSER KOLOREKTAL
Dengan mengetahui tahap KANSER USUS/ KANSER KOLOREKTAL, ia memberi panduan kepada doktor untuk menentukan rawatan dan meramalkan peluang untuk sembuh.
1. PEMBEDAHAN
Rawatan yang kerap dilakukan. sebahagian dari kolon dan rektum yang sihat dan nodus limfa juga akan dibuang. Sebahagian kecil pesakit perlu kolostomi (sebahagian usus dibawa keluar untuk pengeluaran najis) samada sementara atau pun kekal. Kesan sampingan pembedahan adalah rasa sakit, sakit bila disentuh pada kawasan pembedahan, sembelit atau cirit birit tetapi buat sementara waktu sahaja. Individu yang menerima kolostomi mungkin akan alami radangan sekeliling stoma.
2. TERAPI RADIASI
Guna tenaga radiasi yang tinggi untuk membunuh sel kanser. Mungkin digunakan sebelum pembedahan untuk kecutkan ketumbuhan supaya senang dibuang atau selepas pembedahan untuk musnahkan sel yang tertinggal. Kesan sampingan – letih lesu, gangguan pada kulit dan kerosakan pada kulit tempat rawatan diberikan, hilang selera makan, loya dan cirit birit dan ia juga menyebabkan perdarahan di dalam najis atau penyumbatan usus.
3. TERAPI KIMO
Gunakan ubat untuk bunuh sel kanser selepas pembedahan untuk buang sel yang tertinggal. Kesan sampingan – loya, muntah, cirit birit atau rekahan di mulut.
4. RAWATAN ALTERNATIF
Rawatan alternatif dengan menggunakan bahan berasaskan sumber alami telah banyak membuktikan kejayaan dalam merawat pesakit kanser usus/ kanser kolorektal. Antara sumber alam yang sangat mujarab untuk merawat pesakit kanser Usus/ Kanser Kolorektal adalah lidah buaya atau Aloe Vera. Ini adalah kerana di dalam lidah buaya/ aloe vera itu terdapat 2 bahan yang sangat ajaib iaitu :
i. Saponin yang bertindak seperti buih-buih sabun untuk membersihkan ususii. Lignin yang membantu mempercepatkan daya penyerapan nutrisi ke dalam sel badan untuk memulIhkan sistem badan.Untuk mendapatkan sumber Lidah buaya/ Aloe Vera asli yang berkualiti dan terjamin selamat, anda boleh klik di sini : JUS ALOE VERA ASLI
Ulasan
Catat Ulasan