10 MANFAAT LIDAH BUAYA UNTUK KESIHATAN
Lidah buaya atau Aloe Vera amat dikenal masyarakat di dunia kerana memiliki banyak manfaat yang luar biasa untuk kesihatan dan kecantikan. Lidah buaya mengandungi pelbagai vitamin dan mineral antaranya adalah protein, lemak, karbohidrat, kalsium, fosfor, zat besi, vitamin A, B1, dan C. Banyak produk kecantikan yang menggunakan lidah buaya sebagai bahan asas atau bahan campuran dan sudah semestinya kita tidak perlu lagi ragu-ragu akan keberkesanannya.
Antara manfaat lidah buaya/ Aloe vera untuk kesihatan adalah seperti berikut :
1. Mempercepat penyembuhan luka luar
Aloe vera atau lidah buaya mengandung zat anti-radang yang berguna untuk menyembuhkan luka luar. Dan juga kandungan anti bakteri di dalamnya efektif melawan jangkitan yang disebabkan oleh bakteri sehingga mempercepat pemulihan luka.
2. Meningkatkan Imuniti tubuh badan
Lidah buaya akan membantu penyerapan vitamin dan mineral yang berguna bagi tubuh secara maksima untuk meningkatkan kekebalan tubuh. Anda boleh mengambil jus lidah buaya atau suplemen lidah buaya.
3. Membantu proses detoksifikasi
Sistem badan akan mengambil masa yang lama untuk mengeluarkan semua toksin dalam badan atau lebih dikenali dengan proses detoksifikasi. Dengan mengamalkan jus lidah buaya, proses detoksifikasi dalam tubuh akan lebih cepat kerana lidah buaya mempunyai saponin yang bertindak seperti buih-buih sabun untuk membersihkan usus.
4. Membantu mengurangkan berat badan
Lidah buaya sangat membantu proses detoksifikasi, maka secara tidak langsung akan meningkatkan proses metabolisme dalam badan dan dapat mengelakkan daripada lemak berkumpul di dalam badan serta melancarkan proses pencernaan.
5. Sumber Asid Amino
Jus lidah buaya mengandung 7 jenis Asid amino dari 8 asid amino yang tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh.Oleh itu, lidah buaya dapat memenuhi keperluan asid amino manusia.
6. Mengatasi Masalah Keradangan
Kadang-kadang tanpa ada sebabnya, kulit boleh mengalami keradangan seperti Ekzema, Psoriasis, Rosacea. Untuk mengatasi iritasi dan radang tersebut tidak ada salahnya jika Anda cuba merawatnya dengan menggunakan lidah buaya.
7. Membasmi Plak Gigi
Lidah buaya yang digunakan sebagai ubat kumur atau ubat gigi untuk mengurangi dan membasmi plak di gigi mempunyai kesan yang hampir sama dengan chlorhexidine atau ubat antiseptik kelas antimikrob.
8. Menyeimbangkan Kadar Asid Dalam Badan
Dengan meminum jus lidah buaya secara rutin, sifat alkalinya akan membantu menyeimbangkan keasidan dalam tubuh badan anda.
9. Menjaga Kesihatan Kardiovaskular
Lidah buaya akan membantu meningkatkan keupayaan sel darah merah untuk meresap dan mengangkut oksigen supaya masalah kesihatan kardiovasculat seperti sakit jantung dapat diminimumkan.
10. Sumber Vitamin dan Mineral
Seperti yang telah dijelaskan pada awal tadi, sangat banyak manfaat yang terkandung dalam lidah buaya untuk kesihatan dan kecantikan. Maka dengan mengamalkan minum jus lidah buaya kita akan dapat vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan.
Nak aloe vera gel?
Hubungi Kak Roha
Klik di sini https://bit.ly/3sEUaHT
Ulasan
Catat Ulasan