Langkau ke kandungan utama

5 SEBAB KENAPA SURI RUMAH PERLU BUAT BISNES ONLINE


KENAPA SURI RUMAH PERLU BUAT BISNES ONLINE?


Perniagaan online telah menjadi satu fenomena yang sangat popular dalam kalangan masyarakat di dunia, termasuk di Malaysia. Syarikat- syarikat besar juga telah mula menjalankan perniagaan secara online kerana masyarakat kini lebih suka membeli barangan keperluan secara online. Trend shopping secara online ini telah meningkat secara mendadak ketika dunia di landa Covid-19 dan kekal sehingga kini. 


Pada masa kini, kebanyakan peniaga lebih cenderung untuk berniaga secara online kerana tidak memerlukan modal yang besar untuk mula berniaga terutamya bagi golongan suri rumah. Bagi seorang suri rumah, menjalankan perniagaan online menawarkan pelbagai kelebihan yang menjadikannya satu pilihan yang sangat menarik. Antaranya ialah modal permulaan yang rendah, dapat luangkan lebih banyak masa dengan keluarga, tidak perlu sewa kedai, pasaran yang lebih besar, serta banyak pilihan produk dan perkhidmatan yang boleh dijual. Mari kita teliti setiap kelebihan ini dengan lebih mendalam.


Pertama sekali, salah satu kelebihan utama menjalankan perniagaan online ialah modal permulaan yang rendah. Berbeza dengan perniagaan konvensional yang memerlukan pelaburan besar untuk menyewa premis, membeli stok dalam kuantiti besar, dan mengupah pekerja, perniagaan online boleh dimulakan dengan kos yang jauh lebih rendah. Sebagai contoh, seorang suri rumah hanya memerlukan sebuah komputer atau telefon pintar dan akses internet untuk mula berniaga. Platform e-dagang seperti Shopee, Lazada, dan Facebook Marketplace menyediakan ruang percuma atau dengan kos yang sangat minima untuk mula menjual produk. Ini membolehkan suri rumah yang mempunyai bajet terhad untuk memulakan perniagaan mereka sendiri tanpa perlu risau tentang modal besar.


Kedua, menjalankan perniagaan online memberikan suri rumah lebih banyak masa bersama keluarga. Ini kerana mereka boleh menguruskan perniagaan mereka hanya dari rumah tanpa perlu meninggalkan anak-anak atau keluarga untuk jangka masa yang lama. Mereka boleh memilih waktu bekerja yang fleksibel dan sesuai dengan jadual harian mereka. Sebagai contoh, seorang suri rumah boleh melakukan urusan perniagaan semasa anak-anak sedang tidur atau di sekolah. Dengan cara ini, mereka masih boleh meluangkan masa berkualiti bersama keluarga sambil menjana pendapatan.


Ketiga, perniagaan online tidak memerlukan sewa kedai fizikal. Ini adalah satu kelebihan besar kerana menyewa kedai boleh menjadi satu kos yang besar dalam menjalankan perniagaan termasuk kos ubahsuai kedai. Dengan perniagaan online, suri rumah boleh menjimatkan kos sewa, utiliti, dan penyelenggaraan premis. Mereka hanya perlu fokus kepada menguruskan inventori dan memastikan produk mereka sampai kepada pelanggan tepat pada masanya. Selain itu, mereka juga boleh menjimatkan masa dan tenaga kerana tidak perlu berulang-alik ke kedai setiap hari.


Seterusnya, pasaran untuk perniagaan online adalah sangat luas. Berbanding dengan perniagaan konvensional yang terhad kepada kawasan geografi tertentu, perniagaan online membolehkan suri rumah mencapai pelanggan di seluruh negara, malah di seluruh dunia. Dengan strategi pemasaran digital yang betul, produk atau perkhidmatan yang ditawarkan boleh diakses oleh berjuta-juta pengguna internet. Ini membuka peluang yang sangat besar untuk meningkatkan jualan dan mengembangkan perniagaan dengan cepat.


Akhir sekali, perniagaan online menawarkan banyak pilihan produk dan perkhidmatan yang boleh dijual. Suri rumah boleh memilih untuk menjual produk fizikal seperti pakaian, makanan, atau peralatan rumah tangga, atau menawarkan perkhidmatan seperti perundingan, kursus dalam talian, atau khidmat penulisan content untuk media sosial/website/ blog. Dengan pelbagai pilihan ini, mereka boleh memilih untuk menceburi bidang yang mereka minati dan mempunyai pengetahuan. Ini bukan sahaja membantu mereka untuk lebih bersemangat dalam menjalankan perniagaan, tetapi juga meningkatkan peluang untuk berjaya.


Kesimpulannya, menjalankan perniagaan online menawarkan pelbagai kelebihan kepada suri rumah. Dengan memanfaatkan kelebihan-kelebihan ini, suri rumah boleh menjana pendapatan yang lumayan sambil mengekalkan keseimbangan antara kerjaya dan keluarga.

Ulasan

Popular Posts

CARA DAFTAR AHLI FOREVER LIVING PRODUCTS

BISNES ONLINE DARI RUMAH

KANSER USUS/ KANSER KOLOREKTAL

10 Fakta Tentang Aloe Vera dari Forever Living

TIPS MENGENALI MADU ASLI

CARA MERAWAT SAKIT BUAH PINGGANG

10 KEISTIMEWAAN OMEGA 3 + OMEGA 9 + Vitamin E

FOREVER LIVING BUSINESS

10 MANFAAT LIDAH BUAYA UNTUK KESIHATAN